Andres Iniesta berkata dia menghabiskan masa berbulan-bulan memikirkan tentang masa depannya di peringkat antarabangsa selepas Piala Dunia.
Iniesta mengesahkan persaraannya daripada skuad kebangsaan selepas Sepanyol dikejutkan dalam pusingan 16 di tangan tuan rumah, Russia, menerusi penentuan penalti.
Bekas kapten Barcelona berusia 34 tahun itu akan mengalihkan tumpuan terhadap kariernya bersama kelab Jepun, Vissel Kobe.
Iniesta menerangkan bagaimana dia membuat keputusan untuk bersara di media sosial semalam.
"Hai semua," tulis pemenang Piala Dunia 2010 berkenaan. "Empat belas tahun yang lalu, saya menyarung jersi pasukan kebangsaan buat kali pertama, saya berumur 15 tahun ketika itu dan saya tidak akan pernah melupakan detik itu. Ia adalah impian seumur hidup untuk berpeluang mempertahankan negara saya.
"Ia sesuatu yang sangat istimewa, bukan hanya impian tetapi juga tanggungjawab yang besar. Sepanjang tempoh itu, saya telah berusaha untuk menyelami makna (mewakili negara) dan memberi komitmen maksimum untuk membuatkan anda bangga.
"Saya percaya saya bertuah kerana menjadi sebahagian daripada skuad terbaik Sepanyol yang dibarisi generasi pemain luar biasa dalam segala hal.
"Kami telah mencapai kejayaan besar, perkara yang kami semua impikan ketika masih kecil, namun kami juga mengalami kekecewaan yang besar dan kami mengharungi tempoh yang sangat sukar.
"Kepada semua orang, terima kasih banyak-banyak kerana menjadikan saya seorang rakan sepasukan dan pemain bola sepak yang lebih baik. Saya bangga kerana dapat berkongsi semua ini dengan anda.
"Kini, tiba saatnya untuk saya beransur-ansur mengundurkan diri dan ia bukan keputusan yang mudah, sebaliknya saya menghabiskan berbulan- bulan untuk memikirkannya.
"Keseronokan untuk meneruskannya sentiasa menjadi keutamaan tetapi saya selalu mengatakan bahawa saya akan menamatkannya dengan cara yang terbaik bersama pasukan kebangsaan.
"Masa depan (bola sepak Sepanyol) sangat mengujakan menerusi kumpulan pemain yang luar biasa ini dan selepas ini, saya akan menjadi peminat mereka, menyokong mereka tanpa syarat.
"Saya tidak meragui pencapaian akan datang pasti hebat dan mereka akan menuai kejayaan hebat. Pasukan ini perlu berasa teruja," katanya.
Iniesta merumuskan perpisahannya dengan mengucapkan terima kasih kepada Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) dan beberapa individu terpenting yang telah membimbing kerjayanya.
"Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak di dalam persekutuan atas sokongan dan layanan yang diterima sepanjang 19 tahun yang lalu. Kepada semua presiden, pengarah dan pekerja yang pernah berurusan dengan saya selama ini," kata Iniesta lagi.
"Selama ini, saya beruntung kerana mempunyai jurulatih hebat pada era saya, khususnya Luis Aragones yang memberikan saya penampilan pertama dan dengan beliaulah kami memenangi Kejohanan Euro sulung, ia seperti mimpi.
"Buat anda semua, terima kasih kerana memilih saya atas keyakinan dan mengubah bola sepak Sepanyol: Luis, Vicente (Del Bosque), Julen (Lopetegui), Fernando (Hierro) termasuklah Juan Santisteban, Inaki Saez, (Jose) Ufarte dan Gines (Melendez).
"Kepada anda semua, para peminat, terima kasih, terima kasih atas sokongan dan kasih sayang anda. Teruskan menyokong La Roja!
"Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya: terima kasih atas sokongan tanpa syarat anda dan untuk sentiasa berada di samping saya. Kami mengejar mimpi dan kami merealisasikannya.
"Pelukan yang teristimewa, Andres Iniesta."