Raheem Sterling gembira apabila Manchester City mengatasi kelab lamanya, Liverpool, untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris sambil menegaskan itulah sebab dia menyertai The Citizens.
City ketinggalan di Brighton and Hove Albion semalam tetapi bangkit dengan kemenangan 4-1, yang membuatkan kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Wolverhampton Wanderers tidak memberi sebarang makna.
Catatan 14 kemenangan berturut-turut memastikan City mengekalkan trofi liga yang dimenangi musim lalu.
Dan Sterling teruja melihat cabaran daripada The Reds, kelab yang ditinggalkannya pada 2015.
"Berbesar hati, ini sebab utama saya hadir ke sini, memenangi trofi pada detik ini," kata Sterling.
"Saya sangat gembira memenangi trofi kedua liga, ia hebat dan menjadi hari indah buat saya.
"Pengurus dan mentaliti di sini sangat bagus. Ia tentang kemenangan, tidak kira perlawanan. Segalanya hanyalah kemenangan.
"Bagaimana kami menang, pujian harus kepada dia (Pep Guardiola) dan cara yang dia terapkan. Saya gembira untuk berada di sini dan sekali lagi menjulang trofi liga.
"Perkara paling penting adalah pasukan dan bagaimana kami beraksi apabila ketinggalan, dapatkan gol dan pamerkan perwatakan sebenar."
Walaupun anak buah Guardiola tidak dapat menyamai pencapaian 100 mata musim lalu, mereka muncul pasukan pertama yang mempertahankan kejuaraan liga dalam tempoh satu dekad.
Sterling menyumbat 17 gol liga musim ini, menyaksikannya dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Penulis Bolasepak (FWA) tetapi penggempur England itu yakin mampu tampil lebih baik.
"Pengurus memiliki ramai pemain di setiap posisi dan mereka mencabar antara satu sama lain, itu yang paling penting," tambah Sterling.
"Tiada siapa yang berasa selesa di sini kerana semua orang memiliki kelebihan dan apabila mendapat peluang, sebagai contoh semalam adalah Riyad Mahrez. Dia sudah lama tidak beraksi tetapi diturunkan. Saya tahu dia akan menyumbat gol apabila berpeluang dan dia melakukannya. Saya gembira untuknya.
"Ia adalah musim yang indah. Saya kembali daripada Piala Dunia yang sukar dan memberitahu diri sendiri bahawa saya mahu memulakan musim dengan pantas. Saya gembira dapat melakukannya dan diharapkan kami terus mara musim depan."