Skip to main content

Bola Sepak

Ini perkembangan terkini bakal warisan terbaru Harimau Malaya, Rodrigo Holgado

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

holgado.jpg
Penyerang America de Cali, Rodrigo Holgado, bakal bergabung dengan Harimau Malaya bermula minggu hadapan. 

Meskipun tiada pengesahan rasmi daripad Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), namun ketua jurulatih, Peter Cklamovski memberi bayangan bahawa Holgado merupakan pemain warisan terbaru negara sebagai persiapan menghadapi Vietnam dalam perlawanan seterusnya pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027. 

Pemain kelahiran Argentina itu dikhabarkan memiliki kerakyatan Malaysia menerusi neneknya. 

Kata Presiden FAM, Datuk Seri Joehari Ayub, status Holgado masih di tahap penilaian dan belum dipastikan sama ada turun menentang Vietnam atau tidak.

"Tentang itu, kami (FAM) juga belum pasti," katanya kepada media tempatan.

 

Menurut laporan wartawan antarabangsa, skuad kebangsaan sudah menghantar butiran pendokumentasian dan tiket penerbangan kepada penyerang berusia 29 tahun itu untuk datang ke Malaysia. 

Dia dijangka menyertai kem latihan pada Selasa ini. 

Advertisement

Must Watch Video