Suara nyanyian hiba penyokong Kedah Darul Aman yang dikenali sebagai Hazriq dalam sebuah wawancara program Nindia Bola malam ini mencuri tumpuan penyokong seluruh bola sepak tanah air.
Tangisan sambil menyanyikan lagu 'biar jasa jadi kenangan' itu dinyanyikan Hazriq susulan selepas Sang Kenari terpaksa melupakan kancah Liga Super bagi musim 2025/26 apabila gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan selepas tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Malah, hanya 11 pasukan sahaja memperoleh Lesen Kebangsaan bagi membolehkan mereka bertanding dalam saingan liga musim depan nanti.
"Selepas MFL mengeluarkan kenyataan rasmi, saya secara peribadi seharian tidak terkata dengan perkhabaran mendukacitakan itu.

"Saya masih terkesan hingga ke hari ini, saya dikhabarkan ada pasukan mengambil alih. Tetapi pendapat saya, Kedah tetap Kedah.
"Sokong bola bukan macam pakai baju, saya masih mengharapkan sesuatu daripada pengurusan Kedah agar kita terus ada dalam peta bola sepak negara." kata Hazriq dalam Program Nindia Bola episod akhir musim ini sebentar tadi.