Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal, menyifatkan Tan Cheng Hoe sebagai calon yang layak untuk dilantik selaku pengarah teknikal skuad kebangsaan.
Meskipun masih belum terdapat pengesahan rasmi daripada Persatuan Bola Malaysia (FAM) berkaitan skop tugas yang akan dipikul Cheng Hoe, dia percaya pengalaman luas dimiliki bekas penolongnya itu mampu menjadi aset penting dalam proses revolusi bola sepak negara.
Rajagobal turut menyatakan wajar jika individu yang mahir serta memahami selok belok bola sepak tempatan mengisi jawatan berkenaan sekali gus dapat memberikan input kepada barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang diketuai Peter Cklamovski.
Dia beranggapan tidak mustahil gabungan idea Cklamovski dan Cheng Hoe mampu memberikan hasil terbaik bukan sahaja untuk skuad senior negara, malah juga untuk pembangunan di peringkat akar umbi.
Nama tan Cheng Hoe bukanlah asing dalam kancah bolasepak domestik selepas dia pernah mengecapi beberapa kejayaan antaranya muncuk juara Liga Perdana dan juara Piala Malaysia bersama Kedah, naib juara Piala AFF 2018 serta dinobatkan jurulatih terbaik Ketika Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016.
"Kalau ini terjadi saya mengucapkan selamat berjaya buat dia, mungkin dia boleh membantu daripada sudut pengalaman sebagai bekas jurulatih.
"Kita tidak tahu jawatan dia untuk bantu pasukan kebangsaan. Saya fikir bagus kerana kita tahu terutama budaya kita, kehendak kita dan daripada sudut yang senang untuk komunikasi.
"Sedikit sebanyak boleh membantu memberikan sumbangan untuk meningkatkan tahap bola sepak." katanya.