Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi.
Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan pada awal bulan ini, bintang kelab LaLiga, Deportivo Alaves, itu belum pernah melakukan sebarang hantaran media sosial mengenai negara dan ternyata ia amat dinanti-nantikan peminat skuad kebangsaan.
Dalam hantaran itu, Garces mengirim beberapa gambar aksinya sewaktu bersama skuad kebangsaan menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lalu, sesi latihan bersama Harimau Malaya, keadaan penyokong di Bukit Jalil serta kunjungannya ke tempat-tempat menarik di ibu negara seperti Menara Berkembar Petronas dan Batu Caves.
Selepas empat jam, hantaran itu telah menerima hampir 1,000 tanda suka dan 700 komen.
Garces juga mengirimkan dua gambarnya dengan seragam Harimau Malaya dalam Instagram Story.
Kelibatnya pastu dirindui peminat Harimau Malaya selepas mencuri hati dengan aksi cemerlangnya dalam pusingan kelayakan Piala Asia menentang Vietnam.