Skip to main content

Bola Sepak

Ini faktor FIFA tolak rayuan FAM, dedah ejen terlibat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fifa.jpg

Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai faktor penolakan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara berhubung pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen.

Advertisement

Ia membabitkan pemain warisan yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Menerusi keputusan itu, Jawatankuasa Rayuan mendapati bukti yang diberikan FAM menunjukkan wujudnya dokumen dokumen yang telah diubah suai khususnya sijil kelahiran datuk atau nenek pemain yang tidak sepadan dengan rekod sebenar.
 

Terdahulu, FAM mendakwa terdapat kesilapan teknikal ketika menyerahkan dokumen kepada badan induk bola sepak dunia itu.

Dalam kenyataan itu turut menjelaskan, FIFA 'tidak terkesan' dengan penggantungan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, digantung daripada tugasannya serta-merta pada Oktober lalu.

"Jawatankuasa tidak terkesan dengan penggantungan yang dikenakan terhadap Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman. Walaupun FAM menjelaskan penggantungan itu pada 17 Oktober 2025 dan merujuknya dalam penghujahan, Jawatankuasa mendapati bahawa syarat dan skop penggantungan ini tidak dinyatakan atau dikuatkuasakan dengan jelas.

"Laporan awam dan sumber yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa pegawai yang digantung itu juga muncul di acara berprofil tinggi, termasuk acara yang dihadiri oleh kepimpinan FIFA." jelas kenyataan itu.

Sementara itu, FIFA turut berkongsikan ejen mahupun rakan yang terlibat dalam memalsukan maklumat peribadi para pemain terlibat.




FIFA turut akan menjalankan siasatan rasmi mengenai operasi dalaman terhadap FAM bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab dalam memalsukan siji kelahiran tujuh pemain warisan negara sebelum ini.

Football

Sepak Padu Dengan Puma

Ringan, power dan bergaya - kasut bola Puma untuk semua.
Grab Sekarang

Must Watch Video