Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, berasa teruja menyambut kedatangan Vietnam ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 Jun ini.
Ini susulan gelanggang keramat Harimau Malaya itu akan menjadi venue rasmi perlawanan kedua pusingan ketiga, Kelayakan Piala Asia 2027.
Dia turut menyeru kehadiran penyokong membanjiri SNBJ untuk memberikan sokongan padu buat skuad kebangsaan yang bakal turun dengan misi wajib menang di laman sendiri itu nanti.
"Kami teruja untuk menyambut kehadiran Vietnam ke Bukit Jalil pada 10 Jun bagi satu perlawanan yang dijangka penuh debaran dan emosi.
"Ini bukan sekadar aksi kelayakan, ini adalah detik untuk rakyat Malaysia bersatu di belakang Harimau Malaya dan menunjukkan kekuatan semangat kebangsaan kita.
"Kami sedang membina sesuatu yang istimewa. Kami tak sabar untuk melihat para penyokong memenuhi Bukit Jalil dan menjadikannya malam yang akan dikenang selamanya." katanya.
Untuk rekod, Malaysia kini menghuni kedudukan kedua Kumpulan F selepas melakar kemenangan menewaskan Nepal 2-0 bulan lalu.