Pemain warisan Harimau Malaya, Dion Cools, melengkapkan musim penuh cemerlang selepas berjaya merangkul empat kejuaraan dalam satu musim!
Sebanyak 53 penampilan dihasilkan bersamaan lima jaringan disumbangkan bekas pertahanan Midthylland itu sepanjang musim ini.
Perkembangan karier tersebut sangat membanggakan apabila Cools menjadi antara salah seorang pemain negara paling berjaya berkelana di luar negara.
Buriram United muncul juara Liga Thailand termasuk dua lagi kejohanan domestik iaitu Piala FA Thailand dan Piala Liga Thailand. Ini membuktikan Thunder Castle kekal pasukan terbaik Asia Tenggara (ASEAN) dengan penguasaan penuh.
Tidak dilupakan, wakil negara itu juga berhasil mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Arab Saudi, sebelum ini.
Bintang berusia 28 tahun itu juga merupakan pemain Malaysia pertama yang menjulang Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee pada edisi sulung.
Jaringan Cools memastikan Buriram United memenangi trofi Piala Liga Thailand yang menjadi simbolik gol terakhirnya bersama kelab itu.
Khabar angin dirinya ke kelab terkemuka liga utama Jepun, Cerezo Osaka, semakin menjadi kenyataan susulan presiden Buriram United, Newin Chidchob, menyokong perpindahan tersebut.

RASMI: Dion Cools dan Buriram United raih trofi keempat musim ini! ????
— SB (@mysemuanyabola) May 31, 2025
Buriram United menewaskan Lamphun Warrior dengan keputusan 2-0 pada aksi final Thailand League Cup sebentar tadi.
Trofi berjaya diraih Buriram United musim 2024-25:
? Thai League 1
? ASEAN Club… pic.twitter.com/qpSEKrzaOB