Skip to main content

Bola Sepak

Info siaran langsung: Pesta penyerahan trofi Liga Super di JDT

promo-trophy-jdt.jpg
Memandangkan tiket di Stadium Sultan Ibrahim untuk perlawanan petang esok sudah pun habis terjual, peminat masih boleh mengikuti pesta penutup tirai Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi saluran Astro Arena801. 

Juara Liga Super sedekad berturut-turut itu mengatur sesi penyerahan trofi Liga Super musim ini pada sebelah malam -- sebaik perlawanan penutup musim ini ketika menentang Penang FC. 

Selain itu, upacara penyerahan trofi itu akan dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada penyanyi antarabangsa. 

Di studio Astro Arena pula, pastinya rancak dengan perbincangan hangat melibatkan tetamu yang terdiri daripada bekas pemain seperti Razman Roslan, Datuk Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan dan Nizaruddin Yusof. 
 

Advertisement

Must Watch Video