Selepas harungi empat perlawanan sejak peringkat suku akhir, dua pasukan iaitu PDRM dan Kuching City akhirnya temui jalan hingga ke pentas final yang akan berlangsung pada 29 November dan 3 Disember.
Perlawanan akhir satu bakal berlangsung di Stadium MBPJ di mana pasukan The Cops bakal tampil selaku tuan rumah, tentunya dengan momentum positif selepas lakar kemenangan dalam aksi terakhir saingan Liga Super ke atas Sri Pahang dengan keputusan 3-2 di Darul Makmur.
Bagi Kuching City pula, selain daripada kejayaan tundukkan Kelantan United 2-0 pada 4 November lalu, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak hanya berjaya mengumpul 5 mata daripada 6 aksi terakhir liga, di mana menempatkan mereka di kedudukan kedua tercorot liga hanya dengan keseluruhan 9 mata.
Mampukah Kuching City jelmakan trofi MFL Challenge Cup sebagai penutup manis buat mereka bagi musim 2023?
Atau PDRM bakal muncul lebih unggul sebagai pasukan tuan rumah?
Perlawanan akhir 1 pasti bakal mencorakkan kelebihan terbaik buat salah satu pasukan sebelum bertandang ke Stadium Negeri, Kuching pada 3 Disember nanti.
Persoalan ini bakal terjawab pada esok, Rabu, 29 November jam 8.15 malam secara langsung di Astro Arena saluran 801 serta aplikasi Astro GO.

PERLAWANAN AKHIR MFL CHALLENGE CUP 2023! ?
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 24, 2023
PDRM FC dan Kuching City FC akan bertemu di Perlawanan Akhir 1 MFL Challenge Cup 2023 pada Rabu, 29 November di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Jumpa di stadium !#MFLChallengeCup2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/6RY1EclrNX