Skip to main content

Bola Sepak

INEOS mampu penuhi cita-cita Manchester United -- Ten Hag

erik-ten-hag.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) INEOS Group, Jim Ratcliffe, akan berjabat tangan dengan pengurus Manchester United, Erik ten Hag dan kedatangan syarikat itu sedikit sebanyak mampu membantu The Red Devils mencapai sasaran mereka.

Man United telah mencapai kata sepakat dengan antara peminat tegar Old Trafford itu yang bertindak membeli saham kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak 25 peratus.

INEOS akan dipertanggungjawabkan menyelia operasi bola sepak Man United di bawah terma yang ditetapkan yang dijangka akan mengambil tempoh selama empat hingga enam minggu untuk diluluskan.




Pengarah Sukan INEOS, Dave Brailsford, tidak ketinggalan datang menyaksikan aksi Man United yang bangkit mengecewakan Aston Villa 3-2 di Old Trafford, kelmarin, 

"Jadual begitu padat, jadi saya tidak sempat untuk bertemu dan berbual dengan mereka," kata Ten Hag.

"Kedua-dua pihak sudi berkerjasama, jadi kami akan adakan mesyuarat dan perbincangan lanjut."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video