Selain Harimau Malaya, Indonesia turut mencatatkan peningkatan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam kalangan negara Asia Tenggara (ASEAN).
Kemas kini FIFA menyaksikan 10 negara ASEAN berjaya memperbaiki kedudukan dalam landskap bola sepak dunia kecuali Thailand dan Vietnam, namun hanya Malaysia dan Sang Garuda yang berhasil melonjak jauh daripada kedudukan asal.
Selepas menundukkan Vietnam dengan jaringan besar 4-0 dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2026, skuad kendalian Peter Cklamovski ketika ini berada di tempat ke-125. Selepas 19 tahun, Malaysia kembali ke kelompok bawah 129 dengan kali terakhir pada 2006.
Meskipun tewas kepada Jepun, Indonesia tetap mengumpul 1155 mata dan menghampiri angka bawah 100.
Dalam masa sama, harapan ke Piala Dunia 2026 masih bersinar tatkala mempunyai peluang hidup mati untuk mara ke kejohanan berprestij itu walaupun terpaksa mengharungi laluan sukar.
Pasukan bimbingan Patrick Kluivert akan bertanding dalam pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan undian kumpulan akan berlangsung pada minggu hadapan.
Iraq, Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE) berpotensi menjadi halangan Indonesia selain Qatar dan Arab Saudi yang ditetapkan sebagai tuan rumah.
Format perlawanan akan berjalan secara berpusat dengan hanya juara kumpulan sahaja akan menempah tempat secara merit.

?FIFA RANKING | ASEAN ZONE (7/2025)
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) July 10, 2025
? Thailand and Vietnam dropped in the rankings, with Thailand falling out of the Top 100, while Vietnam slipped 4 spots.
? Meanwhile, Indonesia and Malaysia continue their impressive climb, reflecting their recent strong performances . pic.twitter.com/qYoUcu41NE