Jurrien Timber menyertai kelab kegemarannya selepas pertahanan Belanda itu melengkapkan perpindahan £38.5 juta (RM228.1j) ke Arsenal.
Pemain berusia 22 tahun itu tiba dari Ajax dengan agensi berita PA difahamkan membabitkan kontrak selama lima tahun.
Dia menjadi pemain kedua Arsenal untuk menyertai Kai Havertz ke Stadium Emirates pada musim panas ini.
Timber membuat 15 penampilan antarabangsa senior dan dipercayai telah bersetuju untuk dipertaruhkan sebagai bek kanan buat pasukan kendalian Mikel Arteta itu.
“Saya suka kelab ini,” katanya kepada arsenal.com sebaik sahaja menandatangani kontrak dengan The Gunners.
“Ia disebabkan abang-abang saya.
"Mereka merupakan peminat Arsenal dan saya suka melihat Arsenal bermain. Mereka mempunyai pemain handalan selain corak dan gaya permainan.
"Saya mempunyai impian ini sejak dari usia muda tetapi abang-abanglah yang menanamnya dalam diri saya.
"Saya suka menonton aksi Robin Van Persie dan Thierry Henry. Mereka merupakan pemain kegemaran saya.”

JT12 ✍️ pic.twitter.com/Y3on2ZcKWC
— Arsenal (@Arsenal) July 14, 2023