Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, menarik nafas lega selepas menyaksikan pasukannya mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 dalam aksi Liga Perdana di Kuala Terengganu, malam tadi.
Bagi Irfan, beberapa pemainnya sudah mula menunjukkan tanda-tanda kepenatan berbanding pasukan lawan yang tidak beraksi dalam Piala Malaysia.
Menurutnya lagi, Terengganu agak tertekan pada 25 minit terakhir dengan memberi terlalu banyak sepakan percuma kepada pasukan lawan gara-gara keletihan.
“Sebaik tamat babak pertama, saya memberitahu pemain-pemain supaya mengawal emosi dan permainan kerana kami sedang mendahului.
“Saya berpuas hati dengan tiga mata yang diraih dan berharap momentum kemenangan ini diteruskan,” ujarnya.
Dijangka tidak bermasalah berdepan lawan di tangga tercorot itu, Terengganu terlebih dahulu diuji seawal minit kedua menerusi rembatan leret Venice Elphi yang ditepis Mohd Suffian Rahman.
Peluang pertama Sang Penyu hadir pada minit ketujuh yang menyaksikan percubaan Issey Farran Nakajima terkena palang sebelum tandukan susulan Mohd Ridzuan Abdunloh sekadar tersasar.
Kipre Tchetche juga berkesempatan memulakan jaringan pada minit ke-25, namun sepakan lambungnya ditolak keluar penjaga gol ATM, Mohd Hafizuddin Azuhar.
Terengganu hanya mendahului pada minit ke-38 selepas pertahanan kelahiran Brazil, Lazaro Vinicious, menanduk masuk sepakan penjuru Mohd Ridzuan.
Bersambung dalam babak kedua, Terengganu menggandakan asakan, malangnya sepakan percuma Mohd Faiz Mohd Nasir (m-63) dinafikan Mohd Hafizuddin dan tandukan Nasrullah Hanif Johan (m-64) pula terkena palang.
Bagaikan hilang punca, Terengganu diasak selepas itu dan ATM hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-80, bagaimanapun Mohd Rafizol Roslan gagal menyambung lorongan Vincent tatkala Mohd Suffian sudah tertewas.
Pemain tengah Brazil, Gabriel Davis dos Santos, mengesahkan kemenangan Terengganu melalui sepakan percuma menarik dari luar kotak penalti lawan pada masa kecederaan.
Perebutan dua slot ke Liga Super semakin rancak dengan Terengganu kini di tangga keempat, berkongsi 31 mata dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Dua tangga teratas pula diisi Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, masing-masing dengan 32 mata.