Kepulangan Dickson Nwakaeme dan Safuwan Baharudin disifatkan sebagai tonik kebangkitan Pahang untuk membenam Terengganu 4-0 di Stadium Darulmakmur, malam tadi.
Menurut pengendalinya, Dollah Salleh, kelibat dua tonggak import itu membenarkan Pahang mempamerkan rentak terbaik selepas aksi longlai sejak kebelakangan ini.
Mengakui yakin mampu mara ke separuh akhir, Dollah begitupun tidak menjangkakan aksi tidak melawan pasukan jiran yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim itu.
"Saya khuatir perlawanan berakhir dengan keputusan tipis 3-2 atau Terengganu menyamakan kedudukan ketika kami mendahului 1-0.
"Sebaliknya, penjaga gol (Helmi Eliza Elias) hanya memegang bola sekali dalam babak pertama. Selebihnya kami yang banyak menyerang," jelas Dollah.
Tumpas 1-2 di Kuala Terengganu, minggu lalu, Pahang bangkit dengan kemaraan agregat 5-2, dimulakan dengan jaringan minit ketujuh Faisal Abdul Halim dari jarak dekat.
Nwakaeme kemudian meletakkan Pahang semakin selesa pada minit ke-48 dan 63, disusuli Mohamadou Sumareh yang melengkapkan kemenangan bergaya 4-0 pada minit ke-74.
"Gol awal telah memberi semangat kerana saya tidak berhasrat untuk bertahan dan hasilnya kami berjaya mengekalkan rentak sehingga pemain-pemain dahagakan gol.
"(Aksi) luar biasa? Biasa saja sebenarnya. Semua pemain cukup berdisiplin dan itu yang menyebabkan kami mencipta banyak peluang.
"Kemasukan tiga pemain gantian juga tidak menghampakan, namun dinafikan tiang dan palang gol," kata bekas jurulatih negara itu.