Skip to main content

Bola Sepak

Impagliazzo mahu Kedah kembalikan kegemilangan lalu

impagliazzo_1.jpg
Jurulatih kecergasan Kedah, Stefano Impagliazzo, mahu pasukan itu mengulangi kejayaan sama seperti 10 tahun lalu, ketika bersama Azraai Khor. 

Impagliazzo adalah antara antara jurulatih yang menjadi saksi  ketika skuad Hijau Kuning mencipta kejayaan gemilang menerusi kejuaraan 'double treble' 10 tahun lalu.

Pengendali dari Rio Brazil ini membayangkan situasi yang sama mampu berulang kembali dengan menegaskan Kedah berada di landasan terbaik untuk kembali mendapatkan kejuaraan sama yang pernah di miliki mereka satu ketika dulu.

Dengan memegang prinsip kegagalan seorang pemain mengundang kepada kegagalan pasukan, rutin latihan Impagliazzo begitu tegas dan menuntut fokus sepenuhnya daripada setiap pemain.

"Saya pernah bekerjasama dengan Kedah pada tahun 2005, ketika itu di bawah kendalian Azraai Khor. Kini mereka menjemput saya kembali untuk bersama mereka.

"Kini saya perlu kendalikan 25 pemain. Oleh itu, saya perlu memberikan perhatian yang lebih kepada mereka. Ini kerana jika salah satu individu tewas, ia mampu membuatkan satu pasukan tewas," katanya.

Merujuk kepada persediaan Kedah menjelang saingan final Piala FA, Impagliazzo merupakan individu paling sibuk dalam mempersiapkan anak buahnya sebelum berhadapan skuad binbingan Dollah Salleh, Sabtu ini.

"Kedah memulakan permainan dalam babak kedua. Dalam babak pertama, mereka hanya banyak menguasai bola.

"Dalam aksi final, mereka akan bermain untuk rakyat Kedah. Mereka perlu mengingatkan diri mereka mengenai perkara itu. Kehadiran saya di sini hanyalah untuk membantu bola sepak Malaysia bertambah baik," tambahnya.

Kontrak Impagliazzo bersama Kedah akan berakhir Oktober ini, namun dia mengakui beberapa pasukan dalam negara dan luar negara sudah mula merisik khidmatnya.
 

Advertisement

Must Watch Video