Bekas rakan sepasukan dan bekas pemain Real Madrid, Asier Illarramendi, berkata Antoine Griezmann akan segera membuktikan dirinya sebagai pemain penting buat Barcelona.
Griezmann, yang beraksi bersama Illarramendi di Real Sociedad, meninggalkan Atletico Madrid selepas lima tahun untuk bergandingan dengan Lionel Messi dan Luis Suarez di Camp Nou.
Pemenang Piala Dunia itu merupakan pembelian mahal Barca sejak melepaskan khidmat Neymar kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada 2017.
Tetapi Illarramendi tidak melihat Griezmann memiliki sebarang isu untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan The Blaugrana selepas lima musim diasuh Diego Simeone di Atletico.
"Saya berasakan Griezmann telah membuktikan kebolehan sebenarnya," kata Illarramendi kepada Omnisport. "Sememangnya dia akan menabur bakti kepada Barca.
"Kita semua telah melihat persembahannya bersama Atletico dan saya yakin dia akan menjadi pemain penting buat The Catalans."
Di Real Sociedad musim ini, Illarramendi bakal bergandingan dengan Martin Odegaard, seorang lagi pemain tengah yang bergelut memberikan impak bersama Real.
Odegaard merupakan pemain termuda Real untuk beraksi dalam LaLiga ketika berusia 16 tahun pada 2015 tetapi masih belum menemui rentak terbaiknya dan perpindahan secara pinjaman ke La Real diharap membantu pemain tersebut.
"Saya bertemunya empat tahun lalu dan dia hanya berusia 16 tahun pada ketika itu. Dia sangat muda, memiliki perwatakan yang positif serta pemain yang berkualiti.
"Dia telah mula mendapatkan pengalaman beraksi dalam saingan liga yang berbeza. Odegaard seorang pemain yang rajin dan percaya dia akan terus beraksi cemerlang selepas ini."