LEICESTER CITY 2 FLEETWOOD 0
Penyerang Leicester City, Kelechi Iheanacho, muncul pemain pertama dalam bola sepak Inggeris yang menghasilkan gol menerusi sistem Video Bantuan Pengadil (VAR), awal pagi tadi.
Teknologi itu, yang masih menjadi perdebatan diuji dalam temasya Persekutuan Bolasepak Antarabanga (FIFA), telah digunakan dalam Serie A dan Bundesliga musim ini sebelum diperkenalkan di England menerusi percubaan dalam Piala FA dan separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL), bulan ini.
Bekas pemain muda Manchester City itu memberikan Leicester gol pendahuluan dalam perlawanan pusingan ketiga menentang pasukan dari Liga Satu, Fleetwood Town, sebelum satu lagi jaringannya dibatalkan akibat ofsaid apabila pemain antarabangsa Nigeria itu memecut untuk menyempurnakan umpanan Riyad Mahrez.
Bagaimanapun, sistem VAR dengan jelas menunjukkan Iheanacho berada di kedudukan di belakang ketika Mahrez melorongkan bola untuk memastikan Leicester mendahului 2-0 dan mara ke pusingan keempat.
Pendekatan yang digunakan ke atas pemain berusia 21 tahun itu akan menjadi jawapan kepada perkara setiap soalan mengenai VAR pada masa depan.