PIALA FA
Ifwat sedia hadapi ancaman PKNS
Penjaga gawang Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim, bersedia dengan apa jua kemungkinan sebagai benteng terakhir Hijau Kuning bagi pertemuan suku akhir kedua Piala FA menentang PKNS di Alor Setar, malam ini.
Ifwat mengetahui kemenangan 3-1 dalam suku akhir pertama 30 April lalu tidak akan membawa erti sekiranya Kedah mengambil sikap sambil lewa dalam pertemuan timbal balik.
Bagi PKNS, mereka hanya perlu menjaringkan dua gol tanpa balas untuk lolos ke separuh akhir dan atas dasar kelebihan jaringan di tempat lawan.
Iklan
Pelawat sudah membuktikan mereka mampu untuk mencipta peluang jaringan yang banyak berdasarkan statistik tujuh jaringan dalam tiga perlawanan terakhir.
Dan dalam saingan kalah mati seperti ini, ada kemungkinan untuk perlawanan berlanjutan sehingga masa tambahan serta penentuan penalti.
"Jentera serangan PKNS memiliki kualiti tersendiri dan kami bersedia dengan ancaman di Stadium Darul Aman. Mereka hadir ke sini tanpa sebarang tekanan dan Kedah akan berusaha untuk mempamerkan aksi yang terbaik," kata Ifwat.
Must-Watch Video