Skip to main content

Bola Sepak

Ifwat lega sekat kebangkitan PKNS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ifwat-akmal_2.jpg
Penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Che Kassim, tidak menafikan kejayaannya menghalang sepakan penalti ketika menentang PKNS FC semalam memberikan kelebihan kepada pasukannya, sekali gus membantu Kedah menewaskan lawan 4-3 di Stadium Shah Alam.

Selepas K. Reuben menjaringkan gol sendiri untuk memberi kelebihan 3-2 buat skuad Hijau Kuning pada minit ke-70, PKNS dianugerahkan sepakan penalti dua minit kemudian, namun penyerang import, Rafael Quadros, gagal menyempurnakannya susulan aksi cemerlang Ifwat. 

Kebijaksanaan Ifwat membaca percubaan Rafael itu membuatkan motivasi pemain tuan rumah menurun sehingga mengganggu usaha skuad kendalian Datuk K. Rajagobal dalam mencari gol penyamaan.

"Alhamdulillah, kami meraih kemenangan pada malam ini. Apa yang dapat saya katakan, saya syukur kerana dapat menghalang sepakan penalti itu.

"Jika sepakan itu dapat disempurnakan, sudah tentu situasi menjadi berbeza. Mungkin kami juga tidak akan meraih gol keempat," ujarnya. 

Kemenangan 4-3 di Shah Alam membolehkan Kedah mengutip enam mata selepas empat perlawanan dan kini mereka berkongsi mata bersama Selangor, Melaka United dan PKNP FC.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video