Ketua jurulatih Iceland, Heimir Hallgrimsson, menjangkakan Nigeria akan berhabis-habisan mengasak pasukannya dalam perlawanan Kumpulan D di Volgograd, malam esok.
Barisan kendalian Hallgrimsson itu meneruskan kembara mengagumkan mereka dalam kalangan pasukan elit dengan mengikat Lionel Messi dan Argentina untuk keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan mereka Jumaat lalu.
Sebaliknya, Nigeria gagal menampilkan apa-apa yang luar biasa sewaktu tunduk 2-0 kepada Croatia dalam perlawanan pertamanya.
“Ini adalah perlawanan wajib menang buat Nigeria dan itu membuatkannya sedikit berbeza secara psikologi kerana mereka perlu menang,” Hallgrimsson memberitahu wartawan.
"Kumpulan ini akan diputuskan dalam minit-minit terakhir, dalam perlawanan terakhir.
“Ia akan berkisar kepada margin tertentu, satu ‘set-piece’, satu gol dalam waktu kecederaan. Inilah bagaimana kumpulan ini akan ditentukan,” tambahnya.
Satu kesudahan yang sangat rapat dilihat sebagai kemungkinan dalam Kumpulan D – kumpulan yang dilihat seimbang di atas kertas.
Bagaimanapun, Nigeria sudah pun sedikit ketinggalan dan kelihatan ketandusan idea dalam serangan sepanjang aksi pertama mereka di Kaliningrad.
“Kami kekal fokus. Kami sudah bersedia. Kami mahu menang,” kata pemain tengah berpengalaman dan kapten, John Obi Mikel.
"Kami tahu yang kami perlu menang ke atas Iceland untuk kekal bersaing dan kami melakukan segala-galanya dalam latihan untuk memastikan itu akan berlaku.”
Mikel juga sedar prestasi mereka ketika berdepan Croatia tidak disenangi di negara asal mereka – yang bermakna maruah dan kelangsungan mereka dalam kempen kali ini, dipertaruhkan.
“Kami tahu apa yang dirasakan rakyat Nigeria ketika ini. Kami sudah melupakan kekalahan pertama itu dan tidak sabar menantikan Jumaat ini,” tambahnya.
“Berdasarkan situasi kami sekarang, kami tidak punya pilihan lain kecuali menang dalam dua baki perlawanan jika kami mahu meneruskan cabaran dalam Piala Dunia ini.”