Skip to main content

Bola Sepak

Ibrahimovic mahukan lebih lagi daripada United

ibrahimovic-expects-more-from-united.jpg
Zlatan Ibrahimovic menuntut aksi yang lebih lagi daripada Manchester United selepas mereka berjuang untuk meraih kemenangan 1-0 ke atas Zorya dalam aksi Liga Europa malam tadi, dengan penyerang itu menanduk masuk pada babak kedua di Old Trafford.

United kini di tangga ketiga dalam Kumpulan A, di belakang Fenerbahce dan Feyenoord, berikutan kemenangan tipis skuad bimbingan Jose Mourinho, dengan kapten Wayne Rooney sekali lagi diletakkan di bangku simpanan.

Ibrahimovic menjaringkan gol ketujuh dalam aksi Liga Europa bersama kelab yang berbeza, tetapi penyerang senior itu memikirkan United berdepan tugas yang sukar untuk mencipta ruang dan peluang ketika menentang pasukan dari Ukraine itu.

"Ia bukan perlawanan yang mudah," Ibrahimovic memberitahu BT Sport. "Kami bermain baik dan mencipta beberapa peluang tetapi ia adalah satu perlawanan yang sukar.

"Jika anda tidak menjaringkan gol awal, peluang untuk menjaringkan gol akan menjadi semakin sukar dan anda perlu mencari jalan untuk membuat jaringan.

"Selepas menjaringkan gol, kami mempunyai lebih banyak peluang tetapi ia merupakan satu perlawanan yang baik. Kami menang dan itu adalah perkara yang perlu diambil kira selepas tewas menentang Feyenoord [dalam perlawanan pertama].

"Jika anda mahu melangkah ke peringkat lebih tinggi, anda perlu untuk memenangi perlawanan dan kami menang. Kami boleh melakukan lebih banyak lagi, saya menuntut aksi yang lebih lagi daripada pasukan tetapi kami bermain dengan cukup baik.

"Kami mempunyai perlawanan yang baik, kami menang, ia baik untuk keyakinan. Kami perlu meningkatkannya lagi dan melakukan lebih banyak lagi."

Ibrahimovic memainkan peranan dalam jaringan tunggal United. Jaringan tersebut hadir daripada percubaan tepat pertamanya dengan menanduk bola rembatan liar daripada pemain gantian, Rooney.

"Kami bermain sebagai satu pasukan," kata pemain Sweden itu. "Kami mencipta peluang sebagai satu pasukan. Kami mencuba. Kadang-kadang kami mencipta banyak peluang dan kadang-kala kurang.

"Apa yang penting adalah untuk mewujudkan peluang dan memberi tumpuan apabila peluang datang -- dan apabila ia datang, ia merupakan jaringan"

Advertisement

Must Watch Video