Bekas rakan sepasukan Zlatan Ibrahimovic, Emil Forsberg, berkata penyerang Manchester United itu terlalu serius ketika sesi latihan sehingga menyakitkan hati pemain lain.
Bagaimanapun, dia bingkas berkata bahawa rakan senegaranya itu adalah idola bagi ramai pemain muda, termasuk dirinya.
Forsberg, yang beraksi sebagai pemain sayap untuk RB Leipzig, sering beraksi bersama bintang Manchester United itu ketika di pentas antarabangsa bersama Sweden.
Dalam temu bual terkini dengan Spox, Forsberg berkata Ibrahimovic gemar berguraru tetapi dia mengambil serius sesi latihan.
Dia turut menjelaskan mentaliti juara yang dimiliki Ibrahimovic juga memberi kesukaran kepada rakan sepasukan lain.
"Kadang kala Ibrahimovic menyakitkan hati," Forsberg memberithau Spox.
"Jika kamu tidak melalui sesi latihan dengan baik, dia akan datang dan bertanya kenapa kamu berlatih dengan teruk dan kenapa kamu tidak fokus.
"Dia bukan cuba memainkan watak sesiapa tetapi itulah Ibrahimovic. Dia adalah raja di Sweden, ini bukan kenyataan keterlaluan. Hakikatnya tiada sesiapapun yang boleh dibandingkan dengan Zlatan."