Skip to main content

Bola Sepak

Ia kesilapan yang tidak boleh diterima -- Devan

devan_1.jpg
Ketua jurulatih Petaling Jaya City FC, K. Devan, tidak berpuas hati dengan sikap pemainnya yang terlalu mudah kehilangan konsentrasi hingga ditewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-4 dalam saingan Kumpulan B, Piala Malaysia di Larkin, semalam.

Tuan rumah mendahului dengan dua gol hasil sentuhan Safawi Rasid dan Diogo Luis, namun PJ City bangkit mengikat kedudukan dalam babak kedua menerusi Washington Dos Santos dan R. Barathkumar.

Bagaimanapun, keputusan itu hanya bertahan selama seminit sebelum JDT menambah dua gol lagi melalui Diogo dan Gonzalo Cabrera.

"Saya kurang berpuas hati kerana selepas kami menjaringkan gol, kami hilang konsentrasi dan fokus.

"Ia mengakibatkan JDT hanya memerlukan seminit untuk kembali membalas.

"Di peringkat ini, perkara seperti itu tidak boleh diterima," katanya.

Dalam pada itu, jurulatih JDT, Benjamin Mora, lega apabila pasukannya kembali mendahului untuk memenangi perlawanan.

"Dua gol yang mereka peroleh meningkatkan keyakinan mereka untuk mengejar.

"Mujur pemain kami cukup kukuh untuk kembali mendahului dengan dua gol," katanya.

Advertisement

Must Watch Video