Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ia bukan aksi terbaik Ifedayo -- Sathianathan

ifedayo1.jpg
Ia masih bukan prestasi sebenar Ifedayo Olusegun, kata ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, walaupun penyerang itu cemerlang membantu Selangor meraih tiga mata penuh ketika menewaskan Kedah 3-1 di Stadium Shah Alam semalam, sekali gus mengisi tangga ketiga Liga Super. 

Ifedayo cemerlang mencatatkan hatrik dalam penampilan pertamanya dengan skuad The Red Giants itu.

Pemain dari Nigeria berkenaan seolah-olah memberikan nafas baru kepada Selangor yang sebelum ini bergelut sejak awal musim lagi.

Bagaimanapun, prestasi itu masih belum mencukupi buat Sathianathan.

"Saya kenal Ifedayo dan ia bukanlah persembahan terbaiknya.

"Dia boleh melakukannya dengan lebih baik lagi, terutama ketika gerakan tanpa bola.

"Kami mahu melihat lebih aksi bertenaga daripadanya, namun kami tidak boleh mengharapkan dia sahaja," katanya.

Kehadiran Ifedayo turut menimbulkan tanda tanya mengenai pemain import yang akan digugurkan, sama ada Rufino Segovia atau Endrick dos Santos, menjelang tarikh tutup jendela perpindahan kedua, 29 Mei ini.

Ifedayo menegaskan bahawa dia mampu pergi lebih jauh memandangkan dia selesa berada di bawah bimbingan Sathianathan selain saingan Liga Super juga tidak asing buat dirinya.

"Dia jurulatih yang bagus dan saya pernah bekerja di bawahnya sebelum ini, jadi ia bukanlah perkara baru.

"Terdapat berapa pemain yang pernah beraksi bersama saya sebelum ini, jadi ia seperti kembali ke rumah saya," katanya.

Advertisement

Must Watch Video