Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ia adalah minggu Origi -- Klopp puji kelibat penyerang

divockorigi-cropped_ijflz29phc1a1syjmwiqn3qf5.jpg
Jurgen Klopp berjenaka bahawa ia adalah "minggu Divock Origi" di Liverpool sambil memuji penyerang yang memberikan kemenangan ke atas Newcastle United dan Barcelona itu.

Origi berdepan kekangan beraksi musim ini tetapi masuk dari bangku simpanan untuk menyumbat gol kemenangan dramatik pada minit ke-86 di Newcastle, Sabtu lalu, sekali gus mengheret penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris sehingga ke hari terakhir.

Kemudian, tanpa Mohamed Salah dan Roberto Firmino yang mengalami kecederaan, dia menjaringkan dua gol ketika menundukkan Barca dan membawa The Reds mara ke final Liga Juara-Juara Eropah.

Klopp memuji sumbangan penyerangnya itu yang telah menyumbat enam gol walaupun enam kali tampil dalam kesebelasan utama.

"Melihat apa yang dipamerkan, ia adalah 'minggu Divock Origi'," kata Klopp.

"Tandukan di Newcastle, ia gila. Dan kami tidak perlu bercakap tentang aksi berdepan Barca.

"Apa yang dilakukan oleh Trent Alexander-Arnold ketika sepakan sudut adalah sesuatu yang sangat genius pernah saya saksikan dalam dunia bola sepak. 

"Namun, ia bukan mudah. Bola melantun dan mungkin ia boleh diakhiri dengan tendangan ke bangku penonton tetapi ia menerjah jaring. Ia mempamerkan keyakinan boleh melakukan apa sahaja dan Origi tidak memikirkannya. Ia hebat.

"Apabila anda fikir saya tidak sukakannya dan tidak memberinya peluang bermain, mungkin anda anggap saya tidak percayakannya. Itu tidak benar.

"Origi sangat tidak bernasib baik dan saya gembira dia kembali dengan prestasi sebegitu."

Klopp yang bakal mengemudi Liverpool melayan kunjungan Wolverhampton Wanderers malam ini sambil mengharapkan Brighton and Hove Albion menyekat kemaraan Manchester City, turut memuji Jordan Henderson.

Henderson tampak menyinar dalam beberapa aksi terakhir dan Klopp melihat pemain tengah England itu wajar menerima pujian.

"Jika ia tidak berlaku musim ini, saya akan kehilangan hormat kepada orang ramai. Jujur," ujar Klopp.

"Ia bukan sahaja apabila kami letakkannya di posisi berbeza dan dia tampil hebat tetapi tidak syak lagi, terutamanya di posisi nombor enam sebagai contoh."

 

Advertisement

Must Watch Video