Adi Hutter kecewa dan bersedih selepas Eintracht Frankfurt gagal ke final Liga Europa (UEL) dan kini meletakkan tumpuan untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL).
Perjalanan Frankfurt dalam saingan Eropah berakhir dengan penuh dramatik di Stamford Bridge di mana kelab Bundesliga itu tewas 4-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 dengan Chelsea.
Luka Jovic, yang meledak golnya yang ke-10 dalam UEL musim ini dan ke-27 dalam seluruh kejohanan, menafikan gol pembukaan Ruben Loftus-Cheek untuk mengikat kedudukan 2-2 secara agregat dan memaksa perlawanan diputuskan menerusi penentuan penalti.
Tetapi pasukan Jerman itu gagal untuk bangkit di London selepas penjaga gol, Kepa Arrizabalaga, dua kali menafikan dua percubaan mereka untuk menghantar Chelsea ke final berdepan Arsenal di Baku.
"Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Chelsea, semestinya kami kecewa kerana impian kami tidak menjadi kenyataan," kata pengurus Frankfurt, Hutter.
"Kami mahu ke final. Penentuan penalti menghalang kami tetapi saya sangat berbangga dengan pasukan dan kami hampir menewaskan Chelsea."
Hutter, bagaimanapun, kini beralih tumpuan kepada saingan Bundesliga, dengan sasaran melangkah ke UCL secara automatik untuk mencapai sasaran seterusnya.
Frankfurt kini di tangga keempat -- hanya mendahului Bayer Leverkusen menerusi perbezaan jaringan selepas tewas 6-1 minggu lalu.
"Saya tetap berbangga dengan pasukan dan kami kini berpeluang untuk melangkah ke UCL jika menamatkan saingan Bundesliga dalam kelompok empat pasukan terbaik."