Skip to main content

Bola Sepak

Hummels tiada masalah dengan cara Kovac

mats-hummels-cropped_1mbjr3fhivepk1j0j0dzpxsvil.jpg
Mats Hummels menegaskan dia tiada masalah dengan polisi sistem giliran yang digunakan oleh pengendali Bayern Munich, Niko Kovac, dan benteng Jerman itu mahu corak itu diteruskan.

Hummels tampil sebanyak 25 kali dalam kesebelasan utama di pentas Bundesliga musim lalu dan hanya enam kali menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan dan situasi itu kekal ketika aksi pertama liga di bawah kendalian Kovac bulan lalu, di mana Bayern mengatasi Hoffenheim 3-1.

Niklas Sule dan Jerome Boateng mengisi slot bek tengah dalam pertemuan tersebut dan Hummels kembali membarisi kesebelasan utama sewaktu menewaskan Stuttgart 3-0, seminggu kemudian.

Walaupun menjadi tonggak utama dalam skuad Bayern sejak berhijrah daripada Borussia Dortmund pada 2016, Hummels faham akan keperluan Kovac untuk menggunakan pilihan di bahagian benteng berdasarkan perlawanan yang dihadapi.

"Saya berharap dia akan meneruskan sistem giliran itu sepanjang musim," kata Hummels.

"Akan sentiasa ada pemain yang cedera atau digantung. Ketika ini, semua pemain mampu beraksi dan kami memerlukan skuad yang besar, termasuk sistem ini."

Advertisement

Must Watch Video