Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John, berkata sifat 'acuh tak acuh' Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mengendalikan isu dokumentasi tujuh pemain warisan akhirnya memakan diri.
Tiada tindakan drastik selepas hukuman dijatuhkan meletakkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berada dalam situasi tertanya-tanya dan membawa kepada saranan agar satu siasatan menyeluruh dilakukan ke atas badan induk bola sepak negara itu bagi mencari dalang sebenar.
Malah, penggantungan terhadap Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, diragui FIFA selepas mendapat maklumat Noor Azman masih berada dalam satu majlis rasmi FAM sewaktu tempoh penggantungannya, sekali gus memberikan gambaran betapa badan itu dilihat tidak serius dalam menangani isu besar berkenaan.
"Tidak ada sebarang langkah daripada FAM selepas penghakiman pertama," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Kerana mereka katakan FAM tidak buat apa-apa, tiada staf yang dibuang kerja, tiada laporan polis, tiada apa langkah yang diambil FAM.
"Maka, Jawatankuasa Rayuan meminta FIFA melakukan siasatan. Kalau FAM sudah melakukan perkara-perkara itu, FIFA mungkin tidak akan mengarahkan siasatan lanjut.
"Saya boleh katakan ia bukanlah benar-benar penggantungan (tugas setiausaha agung). Ia tidak menunjukkan yang FAM benar-benar kesal terhadap apa yang berlaku."

Sepak Padu Dengan Puma
Ringan, power dan bergaya - kasut bola Puma untuk semua.
Grab Sekarang