Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, berkata cadangan siasatan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), seperti yang dikemukakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam satu alasan penghakiman hari ini, perlu dilakukan secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada seorang individu.
Berdasarkan alasan penghakiman FIFA itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, merupakan individu utama bertanggungjawab ke atas dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan.
Bagaimanapun, Windsor berkata perlu ada perincian khusus dalam mencari punca sebenar kemelut itu, pada ketika ada spekulasi terdapat campur tangan pihak ketiga dalam skandal berkenaan.
"Sebagai seorang Setiausaha Agung, memang perlu mengambil tanggungjawab itu, terutama daripada segi pentadbiran" katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Tetapi melebihi daripada tanggungjawab itu, kita perlu lihat apa yang sebenarnya berlaku.
"(Penglibatan pihak ketiga) memang satu perkara yang amat serius kerana dalam Statut FIFA amat jelas, persatuan harus berfungsi secara bebas dan tiada campur tangan pihak lain, ia sama dengan Statut AFC."

Sepak Padu Dengan Puma
Ringan, power dan bergaya - kasut bola Puma untuk semua.
Grab Sekarang