Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Hughton: Walker harus dilayang kad merah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kylewalker.jpg
Chris Hughton kecewa apabila pertahanan Manchester City, Kyle Walker, tidak diarah keluar padang dalam aksi separuh akhir Piala FA ketika Brighton and Hove Albion ditewaskan 1-0 di Wembley.

Gabriel Jesus menjaringkan gol empat minit selepas perlawanan bermula tetapi pertembungan di antara kedua-dua pasukan itu mampu memihak kepada Brighton jika Walker dilayangkan kad merah.

Pertahanan skuad kebangsaan England itu terlibat dengan pergaduhan dengan Alireza Jahanbakhsh dan kelihatan menghantuk kepalanya terhadap penyerang Brighton itu.

Bagaimanapun, sistem video bantuan pengadil (VAR) menilai semula insiden tersebut dan tidak mencadangkan pengadil perlawanan, Anthony Taylor, untuk melayangkan kad merah kepada Walker.

Selepas menyaksikan ulang tayang, Hughton percaya Walker harus diarah keluar padang kerana insiden yang sama menyaksikan kad merah telah dilayangkan kepada pemain lain.

"Pada pandangan saya, Walker harus dilayangkan kad merah," kata Hughton.

"Terdapat beberapa insiden yang sama dalam perlawanan lain menyaksikan pemain yang terlibat diarah keluar padang."

Bercakap mengenai penggunaan VAR dalam separuh akhir Piala FA, Hughton berkata, "Saya berasakan kita sudah dalam peringkat di mana penggunaan VAR adalah penting. Saya mungkin salah seorang yang kurang berminat dengan sistem ini. 

"Saya lebih kecewa apabila keputusan VAR tidak memihak kepada kami. Setiap orang memiliki pendapat yang berbeza dan saya hanya berkongsi apa yang saya fikirkan."
 

Advertisement

Must Watch Video