BRIGHTON 1 NEWCASTLE 1
Chris Hughton kekal berhati-hati mengenai peluang Brighton and Hove Albion mengelak penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) di sebalik memiliki kelebihan empat mata ke atas Cardiff City.
Cardiff tewas 1-0 kepada Fulham, membuka ruang buat The Seagulls untuk memastikan mereka kekal dalam EPL dengan mencari kemenangan ke atas Newcastle United di Stadium Amex.
Namun, mereka sekadar seri 1-1 ketika berdepan skuad Rafael Benitez itu dan kini memiliki peluang untuk terus beraksi dalam saingan tertinggi ini menjelang dua perlawanan terakhir musim ini.
Brighton akan berdepan Arsenal dan Manchester City manakala Cardiff menerima kunjungan Crystal Palace minggu depan dan bertandang ke Manchester United untuk aksi terakhir musim ini.
The Seagulls kekal sebagai pilihan untuk kekal dengan status EPL tetapi Hughton enggan terbawa-bawa dengfan andaian itu.
"Tanggungjawab saya adalah memastikan pasukan kekal dalam EPL," kata Hughton.
"Kami berbaki dua perlawanan, segalanya masih boleh berlaku.
"Cardiff menerima kunjungan Palace dalam perlawanan seterusnya dan jika mereka menang, ia adalah momentum terbaik untuk dibawa berdepan United. Kami pula akan bertemu Arsenal dan Man City sebelum berakhirnya musim ini," ujarnya.
Brighton gagal menghasilkan peluang dalam separuh masa pertama tetapi bangkit selepas perlawanan bersambung, dengan Pascal Gross menyamakan jaringan pada minit ke-75, sekali gus menafikan jaringan pembukaan Ayoze Perez.
Hughton kurang tertarik dengan persembahan separuh masa pertama tetapi mengakui kebangkitan yang dipamerkan pasukannya.
"Kami menyedari sukar untuk meledak gol, jadi kami menurunkan dua penyerang tetapi mereka gagal beraksi dengan baik di bawah sistem saya.
"Tetapi pujian harus diberikan kepada mereka. Kadangkala terdapat ruang untuk mengubah keputusan perlawanan. Momentum menyebelahi pasukan dalam separuh masa kedua," tambahnya.
Bagi Newcastle, mereka terlepas peluang untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut.
Separuh masa pertama memihak The Magpies tetapi mereka hanya berjaya meledak jaringan menerusi Perez dan pengendali, Benitez, berkata pasukannya telah mempelajari sesuatu dalam perlawanan itu.
"Kami telah berusaha keras tetapi gagal meraih kemenangan. Ini merupakan pengajaran buat pasukan dan kami perlu terus mencari keputusan positif," ujarnya.
Newcastle akan berdepan Liverpool minggu depan dan Benitez menegaskan enggan memberikan jalan mudah kepada kelab yang dibimbingnya pada 2004-2010 itu.
"Kami akan bersikap profesional tetapi mereka memiliki skuad yang kuat. Kami akan cuba memberikan yang terbaik," katanya lagi.