Skip to main content

Bola Sepak

Hubungan Hector Bidoglio-JDT bakal diputuskan kelak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hector.jpg
Status pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio, akan diputuskan dalam masa terdekat sama ada kekal sebagai jurulatih atau sebaliknya.

Menerusi sesi soal jawab bersama pemilik kelab merangkap Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, TMJ berkongsi situasi terkini mengenai perkembangan Harimau Selatan bersama penyokong yang menghadirkan diri, malam tadi.

"Rancangan untuk memperbaiki pasukan merangkumi pemain atau jurulatih selain infrastruktur sudah ada.

"Ia telah disusun khas oleh kami.

"Hector ialah jurulatih terbaik tetapi 'old-school coach'. 

"Cuma lebih kepada menjaga kestabilan bilik persalinan tetapi bukannya strategi atau taktikal yang mengikuti bola sepak moden.

"Saat perkhidmatan Esteban Solari tamat, kami terpaksa mengambil orang yang boleh menjaga kestabilan bilik persalinan kerana ketika itu agak teruk.

"Pemain sudah tidak main untuk jurulatih ketika itu," titah baginda.
 

Advertisement

Must Watch Video