Skip to main content

Bola Sepak

HTC jaguh dalam kalangan bola sepak veteran

kejohanan-bola-sepak-jemputan-antarabangsa-sembilan-sebelah-ukrc-2018.jpg
HTC mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa Sembilan Sebelah UKRC 2018 selepas menewaskan wakil Indonesia, Bintang Timur, menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 dalam aksi final semalam.

Memasuki edisi ke-16, kejohanan ini merupakan pentas buat pemain veteran, khususnya bekas pemain negara, untuk menguji kemampuan.

Seperti tahun sebelumnya, kejohanan yang disertai lapan pasukan ini mengekalkan format yang sama--lapan pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan dua pasukan teratas mara ke separuh akhir.

HTC tampil selaku penyandang juara bertemu Bintang Timur dalam aksi final dan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada sepenuh masa, namun tuah memihak HTC dalam penentuan penalti menerusi kemenangan 5-4.

Lebih manis, penyerang HTC, Chee Wan Hoe, muncul pemenang Kasut Emas selepas merekodkan sembilan gol dalam kejohanan itu.

"HTC merupakan juara bertahan dan kami akan menyertai lagi kejohanan ini tahun depan. 

"Kebanyakkan daripada kami sudah tua tetapi sukakan bola sepak," kata Pengurus THC, Datuk Jimmy Hoo Tat Chang.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur UKRC, Andrew Gopal, berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kejohanan ini dengan berkata: "Penganjuran ini berjaya dengan sokongan pasukan tempatan dan antarabangsa. 

"Permainan yang cukup teratur telah ditampilkan pasukan dengan para pemain telah menunjukkan semangat yang lebih baik daripada tahun lalu," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video