Skip to main content

Bola Sepak

Hoops dekati kelayakan UCL

celtic.jpg
ROSENBORG 0 CELTIC 0 
(Celtic mara menerusi agregat 3-1) 

Celtic maju ke pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) apabila mereka mengelak aksi garang Rosenborg pada awal permainan untuk menang 3-1 secara agregat selepas diikat seri tanpa jaringan dalam aksi di Trondheim, awal pagi tadi. 


Dua gol Odsonne Edouard dan Olivier Ntcham memberikan Celtic kelebihan dalam pertemuan kedua di Stadium Lerkendal itu, namun mereka dipaksa untuk bekerja keras dalam babak pertama dalam usaha Rosenborg mengurangkan defisit jaringan. 

Celtic diuji pada awal permainan apabila Cristian Gamboa dengan cemerlang menafikan percubaan Birger Meling -- yang membuka jaringan dalam pertemuan pertama di Parkhead tempoh hari. 

Kesilapan Craig Gordon susulan sepakan lintang Vegar Hedenstad hampir membawa padah pada minit  ke-16, namun Jack Hendry berada di kedudukan tepat untuk menyelamatkan maruah rakan sepasukannya itu. 

Gordon, bagaimanapun, menyerlah selepas itu dengan mengerah kudratnya untuk menepis tandukan Marius Lundemo.

Edouard hampir menemui sentuhan penyudah selepas sembilan minit permainan bersambung tetapi sepakannya sedikit melewati sasaran.

Celtic kemudian memperkemaskan permainan -- Ntcham hampir merobek gawang lawan melalui sepakan percuma -- di sebalik skuad dengan jolokan Hoops itu kehilangan Kieran Tierney akibat kecederaan. 

Nicklas Bendtner sempat menggegar gawang lawan, namun tindakan penyudah penyerang Rosenborg itu dibatalkan berikutan terlebih dahulu mengasari Gordon untuk Celtic menempah pertemuan dengan AEK Athens dalam pusingan seterusnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video