Skip to main content

Bola Sepak

Honda di bawah radar kelab Liga-M

honda.jpg
Bekas ketua pasukan Jepun, Keisuke Honda, dikhabarkan akan meninggalkan kelab divisyen 1 Azerbaijan, Neftci PFK, berikutan menerima tawaran baru dari Liga Malaysia (Liga-M).

Selepas menyertai kelab itu dalam pusingan kedua sementara saingan berbaki empat perlawanan musim ini, hala tuju musim depannya lantas menjadi tumpuan.

Media Azerbaijan, Sports Info, mendedahkan pemain tengah berusia 34 tahun itu sedang mempertimbangkan tawaran daripada kelab Liga Super, Selangor FC, yang dikaitkan berminat dengan khidmat pemain tengah itu.
 

Advertisement

Must Watch Video