EPL
Hojlund miliki kualiti tersendiri, kata Eriksen
Christian Eriksen telah kagum dengan perkembangan rakan senegaranya, Rasmus Hojlund, sepanjang tahun lalu dan percaya Manchester United menandatangani 'pemain yang sangat berkualiti'
Selepas menandatangani perjanjian untuk pemain tengah, Mason Mount dan penjaga gol, Andre Onana, Red Devils pimpinan Erik ten Hag meningkatkan tumpuan mereka untuk menandatangani penyerang baharu.
United kerap dikaitkan dengan penyerang Tottenham, Harry Kane, tetapi akhirnya berpindah untuk pemain depan Atalanta, Hojlund.
Iklan
Kelab-kelab itu telah bersetuju dengan perjanjian pada prinsipnya bernilai GBP64 juta serta yuran tambahan bernilai GBP8 juta untuk penyerang berusia 20 tahun yang dinilai tinggi itu, yang telah mengagumkan rakan sepasukan Denmark, Eriksen.
“Dia seorang pemain yang macam mana? Dia pemain nombor sembilan yang kuat,” kata pemain tengah United itu.
“Dia berkembang banyak tahun lalu sejak pertama kali saya melihatnya bersama pasukan kebangsaan, jadi, ya, dia pemain yang sangat bagus.”
Eriksen berkata lagi, “Saya rasa kami tidak mendapat perhatian media yang mencukupi di Denmark sebab itu, jadi orang di luar Denmark tidak cukup mengetahuinya.
“Dia seorang pemain yang baik, dia seorang pemain yang bagus. Seperti yang saya katakan, dia berkembang, bertukar menjadi pemain nombor sembilan.
"Saya harus jujur, saya tidak melihat banyak perlawanan untuk Atalanta, tetapi saya tahu bagaimana mereka bermain dan dia sesuai di sana, jadi, ya, dia pemain yang bagus."
Must-Watch Video