Skip to main content

Bola Sepak

Hojlund bantu Manchester United elak diaibkan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hojlund.jpg
BOURNEMOUTH 1 MAN UTD 1 

Ruben Amorim mencabar Rasmus Hojlund agar terus menajamkan sentuhan penyudahnya selepas jaringan lewatnya membolehkan Manchester United mengikat Bournemouth 1-1 di Stadium Vitality, awal pagi tadi. 


The Red Devils di ambang satu lagi kekalahan selepas dihukum jaringan Antoine Semenyo pada minit ke-23.

Begitupun, Bournemouth -- yang kehilangan Evanilson akibat dibuang padang ketika berbaki 20 minit permainan -- berputih mata diikat ekoran tandukan Hojlund itu dalam masa kecederaan.

Ia menamatkan kemarau jaringan enam perlawanan penyerang Denmark itu, yang hanya mencetak dua gol sejak jaringan bergandanya ke atas Viktoria Plzen pada 12 Disember lalu. 

Bercakap kepada Sky Sports selepas perlawanan, pengurus United itu berkata: "Ia sentiasa penting buat penyerang untuk menjaringkan gol.




"Tetapi apabila kita melihat gerakan penyerang, ia bukan sekadar gol. 

"Ia satu rangsangan yang baik tetapi perlawanan seterusnya adalah satu lagi sejarah baru dan kami perlu terus berjuang."

Advertisement

Must Watch Video