Skip to main content

Bola Sepak

Hoeness kecam keputusan VAR sebagai 'jenaka tahunan'

goretzka-cropped_1di1b8tzgffjx1u0neht8fwhbv.jpg
Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness, mengecam keputusan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) menafikan jaringan Leon Goretzka yang mampu mengesahkan kejuaraan Bundesliga sebagai "jenaka tahunan".

Skuad kendalian Niko Kovac itu terikat 0-0 di RB Leipzig, yang bermakna mereka perlu melakukan perhitungan pada hari terakhir selepas dibezakan dua mata dengan Borussia Dortmund yang menundukkan Fortuna Dusseldorf.

Bayern perlu menyamai keputusan Dortmund dan berpeluang melakukannya pada minit ke-51, namun dibatalkan selepas tayangan VAR mendapati Robert Lewandowski berada di posisi ofsaid.

Hoeness berang dengan keputusan tersebut sambil fahamannya terhadap teknologi VAR hanya patut digunakan dalam situasi terbuka berbanding keadaan biasa.

"Saya melihat persembahan hebat daripada pasukan kami," katanya.

"Jelas kami pasukan lebih baik, lebih banyak peluang untuk menghasilkan gol.

"Ofsaid itu adalah jenaka tahunan kerana ia bukan kesilapan yang jelas. Bukti video ada untuk memperbaiki kesilapan itu.

"Ia melibatkan ketinggian sama dan tiada kelebihan tetapi anda terlalu negatif. Kami tidak membiasakan diri dengannya."

Hoeness juga mengelak apabila ditanya sama ada dia memberikan perhatian kepada penyerang Leipzig, Timo Werner, selepas dikatakan penggempur Jerman itu bakal berhijrah ke Allianz Arena.

"Hari ini, saya hanya melihat pemain Bayern dan bukan berjersi putih," tambah Hoeness.

"Kami bermain untuk kejuaraan dan media sentiasa memikirkan perkara lain.

"Jika ada perkara lain yang berlaku, mungkin ia lebih penting berbanding bola sepak buat anda. Kami perlu membiasakannya.

"Kami berada dalam fasa penentuan kejuaraan. Ia tentang kejuaraan dan lain-lain kami tentukan selepas ini."

Advertisement

Must Watch Video