Niko Kovac 100 peratus pasti bakal mengendalikan Bayern Munich musim depan tetapi Jerome Boateng mungkin terpaksa mencari destinasi baru, kata Uli Hoeness.
Pengendali Bayern, Kovac, berjaya mengemudi Bayern menjulang trofi Bundesliga dalam musim pertamanya di Allianz Arena dan melengkapkan kejuaraan domestik menerusi kemenangan 3-0 ke atas RB Leipzig dalam final Piala Jerman awal pagi semalam.
Pengurus dari Croatia itu kini menerima sokongan daripada pihak atasan pasukan setelah mengatasi kritikan di awal musim susulan aksi suram pasukannya, termasuk kekalahan di tangan Liverpool dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.
Pengerusi kelab, Karl-Heinz Rummenigge, berkata selepas kejayaan di Olympiastadion apabila menafikan masa depan Kovac menjadi persoalan dan presiden, Hoeness turut mengesahkannya ketika meraikan kejayaan itu.
"Pasukan tidak mampu menampilkan bola sepak hebat sekiranya persefahaman dengan pengurus tidak dicapai," kata Hoeness.
"Laporan mengenai pertukaran pengurus hanya kisah dongeng."
Ditanya sama ada Kovac akan mengekalkan jawatan, Hoeness menjawab: "100 peratus pasti."
Namun, masa depan bek tengah, Boateng, tampak samar bersama Bayern.
Pemain berusia 30 tahun itu, yang mengadakan perbincangan dengan Paris-Saint Germain (PSG) tahun lalu, menyaksikan pertemuan dengan Leipzig dari bangku simpanan dan dia menghadapi situasi itu sejak Piala Dunia lalu dan mungkin bakal menamatkan tempoh sembilan tahun di Bavaria.
"Sebagai teman, saya menasihatkannya untuk meninggalkan pasukan. Dia perlukan cabaran baru setelah kehilangan tempat kebelakangan ini," tambah Hoeness.
Sementara itu, Bayern mengesahkan pembantu jurulatih, Peter Hermann, tidak akan meneruskan khidmat dalam musim kedua di bawah bimbingan Kovac.
Hermann kekal di Bavaria sejak kembali daripada Fortuna Dusseldorf pada Oktober 2007 untuk bersama pasukan buat kali kedua selaku pembantu kepada Jupp Heynckes di Allianz Arena.