Jerome Boateng memiliki peluang "50-50" untuk meninggalkan Bayern Munich dan menyertai Paris Saint-Germain (PSG), kata presiden kelab Bundesliga itu, Uli Hoeness.
Boateng, 29, melalui tujuh musim di Bavaria tetapi Hoeness mendedahkan pemain bek tengah Jerman itu telah memberitahu pengerusi kelab, Karl-Heinz Rummenigge, hasratnya untuk berpindah.
PSG menandatangani seorang lagi benteng Jerman, Thilo Kehrer, dari Schalke minggu ini dan Hoeness percaya Boateng juga mungkin akan menyarung jersi juara Ligue 1 itu.
"Peluang untuk perpindahan itu berlaku adalah 50-50," kata Hoeness.
"Boateng telah memberitahu Rummenigge akan keinginannya untuk berhijrah. Jika pemain itu mahu keluar dan kami memiliki pilihan, anda harus berurusan dengan mereka.
"Saya rasa PSG berminat. Perpindahan secara pinjaman boleh berlaku jika wujud tawaran secara tetap untuk tahun berikutnya.
"Kami gembira jika dia kekal kerana Boateng adalah pemain yang hebat."