Jurulatih skuad B-19 negara, Bojan Hodak, mendedahkan bahawa dia tidak diberi sebarang sebab oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung isu kontraknya, sekali gus bercanggah dengan alasan yang dikemukakan badan induk itu.
FAM mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Hodak yang akan berakhir penghujung Julai ini.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, sebelumnya mengesahkan keputusan itu dibuat antaranya bagi menyuntik falsafah baru dalam skuad B-19 negara.
Hodak enggan memberikan penjelasan lanjut, namun dia sekadar memberi ulasan ringkas menyatakan dirinya tidak diberi sebarang sebab mengenai perkara itu.
Mac lalu, Hodak bertindak mengkritik sistem bola sepak negara sejurus selepas anak buahnya tewas buat kali kedua dalam Kejohanan Piala Sanix di Fukuoka, Jepun.
Kritikan itu mengundang rasa kurang senang FAM yang menyifatkan tindakannya sebagai tidak bertanggungjawab terhadap keputusan kurang baik yang diraih pasukan.
FAM menafikan kelantangan Hodak itu menyebabkan kontraknya tidak dilanjutkan, namun pemerhati bola sepak negara, Datuk Richard Scully, tidak menolak kemungkinan situasi itu sebagai punca utama.
"Dalam peringkat B-19, ia adalah fasa untuk mencari potensi berbanding prestasi. Hodak mungkin terarah kepada prestasi serta keputusan dan perkara itu telah memberi impak kepada pengendali itu," kata Richard.