Skip to main content

Bola Sepak

Hodak sedia hadapi laluan berliku

bojann.jpg
Ketua jurulatih skuad B-19, Bojan Hodak, merumuskan laluan yang akan dihadapi pasukan negara dalam saingan Kumpulan D, Kejohanan AFC B-19 cukup unik kerana bakal melalui cabaran tiga pasukan yang memiliki corak berbeza.

Hodak memerlukan tiga perancangan berbeza apabila bertemu China, Arab Saudi dan Tajikistan memandangkan ketiga-tiga pasukan berkenaan mempunyai corak permainan yang berlainan.

Justeru, jurulatih itu tidak menafikan ia satu cabaran buat dirinya, tambahan China dari rantau Asia Timur mempunyai kualiti teknikal yang baik manakala Arab Saudi memiliki kekuatan daripada segi fizikal.

"Pasukan saya seperti tidak memiliki pengalaman beraksi lawan dalam saingan AFC kali ini. Kami akan berdepan Arab Saudi dan Tajikistan yang memerlukan kekuatan fizikal," kata Hodak.

Skuad kebangsaan berlepas ke Muscat, Oman semalam bagi menghadapi tiga perlawanan persahabatan sehingga 10 September ini.

Ketiga-tiga pasukan yang bakal dihadapi adalah wakil daripada saingan Divisyen Satu Oman yang terdiri daripada Suwaiq, Oman Club dan Muscat Club.

"Berdepan kelab-kelab di Oman akan menjadi persediaan untuk skuad kendalian saya sebelum saingan AFC bermula," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video