Bekas penjaga gol West Ham United, Shaka Hislop, yakin kehadiran Joe Hart dalam kem The Hammers mampu membawa pasukan itu mencapai sasaran sekurang-kurangnya berada dalam kelompok lapan terbaik musim depan.
Pengurus The Hammers, Slaven Bilic, berjaya mendapatkan khidmat Hart dari Manchester City melalui pinjaman jangka panjang dan dia turut berjaya membawa masuk bekas pertahanan City, Pablo Zabaleta, secara percuma.
Selain itu, Bilic turut menandatangani Marko Arnautovic dari Stoke City melalui perpindahan bernilai GBP25 juta (RM139 juta) serta bekas penyerang Manchester United, Javier Hernandez, bernilai GBP16 juta (RM89 juta) dari Bayer Leverkusen.
Usaha Bilic itu menerima pujian Hislop yang melakukan lebih 100 penampilan bersama The Hammers dan dia menamakan Hart sebagai kunci utama.
“Daripada semua pemain baru yang didapatkan, Hart jelas seorang pemain yang mampu memacu pasukan ke satu tahap lebih tinggi,” ujarnya.
“Dia pastinya akan beraksi di tahap terbaik kerana mahu merebut tempat menjelang Piala Dunia tahun hadapan.
“Di bahagian depan, Hernandez adalah penyerang yang akan mendapatkan gol untuk anda dan saya percaya West Ham akan menamatkan saingan liga musim depan dalam kelompok lapan terbaik,” kata Hislop.