Pemergian bekas pemain negara, Anuar Abu Bakar, sememangnya amat memberi kesan kepada yang mengenalinya dan antara yang terkesan ialah sahabat baik Allahyarham, Ismail Ibrahim.
Ismail antara individu yang mengenali rapat Anuar selain beberapa kenalan lain.
Mereka merupakan rakan sebilik sewaktu kedua-duanya bergelar pemain Selangor pada era 90-an.
Malah, Ismail dan Anuar juga mempunyai persamaan, iaitu mula mencipta nama di Johor sebelum menyertai Selangor.
Masa senang dan susah mereka ditempuhi bersama, justeru pemergian Anuar yang dianggap adik oleh Ismail satu kehilangan yang besar buatnya.
"Anuar merupakan bekas rakan sebilik saya ketika kami bersama-sama dalam kem Selangor.
"Dia seorang pemain yang berdisiplin kerana sedar bahawa bola sepak adalah kerjanya.
"Kalau diberi peluang beraksi, dia akan buat tanpa bercerita belakang (banyak karenah).
"Dia seorang insan yang baik terhadap rakan-rakannya selain seorang yang tidak bersikap sombong," ujar Ismail.
Anuar menghembuskan nafas terakhirnya malam tadi susulan menghidap kanser hati tahap empat.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Shah Alam pagi tadi yang turut dihadiri lebih 200 orang yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapatnya.
"Kita kehilangan jurulatih masa depan yang sungguh menyayangi bola sepak, khususnya membabitkan bakat muda.
"Beliau sentiasa sibuk dengan program mendidik bakat muda walaupun dalam masa sama, menggalas tugas sebagai jurulatih di kelab Liga Malaysia," kata jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan.