Skip to main content

Bola Sepak

Higuain perlu ambil Suarez sebagai inspirasi -- Sarri

luis-suarez.jpg
Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, berkata Gonzalo Higuain perlu mengambil insipirasi bagaimana Luis Suarez menyesuaikan diri di England sambil pemain Argentina itu berikhtiar untuk menembusi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyerang itu telah melakukan lapan penampilan dalam aksi EPL selepas dipinjam daripada Juventus sejak JanuarI lalu dengan  menjaringkan tiga gol menerusi perlawanan berdepan Huddersfield Town dan Fulham.

Dia telah digantikan ketika Chelsea merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Cardiff City minggu lalu dan tidak tersenarai di bangku simpanan ketika berdepan Brighton and Hove Albion –- perlawanan yang menyaksikan Olivier Giroud turun sebagai penyerang utama dan meledak jaringan.

Ketika menegaskan pendiriannya terhadap Higuain, Sarri mahu penyerang itu menampilkan aksi lebih berkualiti dalam beberapa minggu terakhir musim ini dengan mengikuti peningkatan dramatik Suarez selepas permulaan lembap bersama Liverpool.

Pemain kebangsaan Uruguay itu menjaringkan 15 gol dalam 44 perlawanan liga selepas berhijrah daripada Ajax pada Januari 2011.

Selepas menemui rentak, Suarez kemudian mencetak 54 gol dalam saingan EPL untuk dua musim berikutnya sebelum berpindah ke Barcelona.  

"Higuain sedang mempertingkatkan mutu permainannya dan memperbaiki kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi fasa akhir liga.

"Bukan mudah untuk bermain dalam EPL. Suarez menghadapi masalah sama sebelum dia menyesuaikan diri.

"Semua pemain memerlukan masa dan saya berasakan Higuain mampu melakukan perkara yang sama," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video