Skip to main content

Bola Sepak

Higuain, Belotti tidak boleh beraksi bersama -- Allegri

5627andreabelotti.jpg
Massimiliano Allegri telah menjauhkan Juventus daripada mendapatkan penyerang Torino, Andrea Belotti, serta mencadangkan bintang Itali itu tidak sesuai untuk beraksi bersama Gonzalo Higuain.

Skuad kendalian Allegri akan menerima kunjungan musuh setempat mereka di Stadium Juventus dan kemenangan akan memberikan mereka gelaran juara Serie A yang keenam berturut-turut, jika Napoli dan Roma gagal meraih kemenangan minggu ini.

Torino turut mengharungi prestasi yang cemerlang, apabila hanya tewas sekali dalam sembilan perlawanan Serie A, dengan Belotti menjaringkan lapan kali.

Hanya Edin Dzeko berjaya menyamai rekod jaringan 25 gol dalam saingan liga musim ini dan Manchester United merupakan pasukan terbaru berminat mendapatkan pemain kebangsaan Itali itu, yang dilaporkan bernilai GBP85 juta.

Juventus membelanjakan EURO90 juta musim lalu untuk mendapatkan Higuain dan penyerang tersebut mempamerkan prestasi yang mantap dengan menjaringkan 31 gol dalam 48 perlawanan. 

Allegri berkata persamaan di antara bintang Argentina itu dan Belotti adalah penghalang utama buat Juve membuat sebarang tawaran.

"Belotti adalah seorang penyerang muda dan masih berkembang, dia memiliki kualiti yang luar biasa dan anda dapat melihat rekod jaringannya.

"Dia seorang pemain yang berpotensi besar dan mempunyai kualiti untuk menjadi penyerang bertaraf dunia.

"Belotti akan mengetuai jentera serangan Itali buat masa akan datang. Paulo Dybala dan Belotti merupakan antara dua pemain yang terbaik di dalam liga.

"Kami sudah memiliki Higuain. Menurunkan dua pemain ini bersama adalah sesuatu yang mustahil. Anda tidak akan mampu untuk menghasilkan gandingan yang mantap di antara mereka."

Allegri mengesahakan Gianluigi Buffon akan direhatkan untuk memberikan fokus bagi saingan Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Monaco.

Kelab Itali itu telah meraih kemenangan 2-0 di Stade Louis tetapi Allegri menegaskan mereka akan cuba mengulangi kejayaan tersebut dalam aksi timbal balik.

"Kami mampunyai tiga perlawanan dalam tempoh enam hari. Saya perlu membuat penggiliran pemain bagi memastikan kami dapat memberikan yang terbaik."
 

Advertisement

Must Watch Video