Bintang Juventus, Gonzalo Higuain, berkata dia berjuang keras untuk memastikan dia boleh menikmati detik-detik seperti ketika menentang AS Monaco dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.
Penyerang itu menjaringkan kedua-dua gol buat Juve meraih bekalan 2-0 di tempat lawan dalam perlawanan pertama, awal pagi tadi, untuk meletakkan mereka di kedudukan selesa untuk mara ke perlawanan akhir di Cardiff, bulan depan.
Higuain dikritik berdasarkan rekod hanya dua gol dalam 24 perlawanan di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara tetapi menegaskan dia tidak membiarkan kemarau jaringan itu mengganggunya apabila meraikan hasil yang mengagumkan itu.
"Saya berjuang keras untuk saat-saat ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.
"Jaringan tidak hadir buat saya dalam pertandingan ini tetapi saya tahu saya hanya perlu bertenang dan terus bekerja keras.
"Tetapi, saya bekerja untuk pasukan, apa yang penting adalah untuk Juventus mencipta kemenangan.
"Segala-galanya berjalan lancar sahaja meskipun saya tidak menjaringkan gol."
Kata penggempur Argentina itu lagi: "Saya sangat gembira, ia adalah satu perlawanan yang sangat penting -- separuh akhir -- dan kini kami kembali ke tempat dengan kemenangan yang besar. Kami juga mahu memastikan tidak dibolosi dan kami sangat gembira dengan keputusan ini.
"Saya gembira dengan gol-gol itu tetapi ini belum berakhir lagi. Monaco adalah pasukan yang kuat."
Pusingan kedua akan berlangsung di Turin pada awal pagi Rabu depan dengan bekas kelab Higuain, Real Madrid, mungkin menjadi pencabar mereka dalam perlawanan akhir selepas menewaskan Atletico Madrid 3-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama, semalam.