Skip to main content

Bola Sepak

Heynckes: Harga Sane belum setimpal RM475.8j

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sane.jpg
Jupp Heynckes berasakan penyerang Manchester City, Leroy Sane, belum mencapai tahap "pemain elit" dan yakin pemain sasaran Bayern Munich itu tidak bernilai €100 juta (RM475.8j) seperti yang dilaporkan.

Tonggak berusia 24 tahun itu hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern sebelum mengalami kecederaan lutut serius, Ogos tahun lalu.

Gergasi Jerman itu dilaporkan masih berminat dengan sentuhan Sanetetapi Heynckes -- yang memenangi Liga Juara-Juara (UCL) dan empat gelaran Bundesliga sebagai pengurus Bayern -- mengatakan penyerang itu belum termasuk dalam kalangan yang terbaik di dunia.

"Dia dalam keadaan baik sebelum tercedera teruk. Bagi saya, dia belum mencapai kejayaan sebagai pemain handalan," katanya kepada Welt am Sonntag.

"Saya rasa dia kini berada di persimpangan jalan. Adakah dia mahu terus bekerja keras atau sekadar terus menjadi pemain berbakat luar biasa?"

Bayern dilaporkan bersedia membayar pampasan tinggi ke atas pemain lincah itu, tetapi mereka mungkin perlu mengubah perancangan berikutan krisis novel koronavirus (Covid-19). 

Begitupun, Heynckes tidak berasakan pemain antarabangsa Jerman sebanyak 21 kali tersebut bernilai setinggi itu.

"Dia harus bersedia mengorak langkah besar yang seterusnya kerana tiada gunanya setakat sesekali membuktikan bakatnya," katanya.

"Secara jujurnya saya tidak menganggap harganya itu berpatutan."
 

Advertisement

Must Watch Video